Tuesday, 25 September 2018
BBM3410/18: Kuliah minggu kedua
Pada minggu kedua di dalam kelas multimedia dalam berbahasa ini, kami perlu melakukan tugasan berkumpulan iaitu asas grafik. Kelas ini. Sangat menyeronokkan kerana kami dapat belajar menjadi seorang yang kreatif dengan menggunakan majalah dan dapat belajar dan membezakan pandangan sesuatu gambar. Sebagai contoh mudah, keseimbangan, kesesuian, warna dan teks. Semua ini mempunyai perbezaan yang sangat seronok untuk belajar.
BBM3410/18: Kuliah minggu pertama
Pada minggu pertama kuliah aku di dalam kelas multimedia dalam berbahasa aku sangat seronok kerana subjek ini dapat menjadikan aku seorang yang disiplin terhadap masa. Kelas ini sangat menyeronokkan kerana tugasan berkumpulan yang telah diberikan oleh Prof. Madya Dr. Normaliza Abd Rahim. Kami diberikan penerangan tentang tugasan berkumpulan.
BBM3410/18: Tentang aku
Nama aku Hasniwati binti Abdul Khalil @ Abdul Khalid. Aku belajar di Universiti Putra Malaysia dan merupakan pelajar tahun akhir di sini. Aku suka melakukan aktiviti yang lasak kerana itu merupakan perkara yang dapat menggembirakan diriku. Pelbagai pengalaman dan dugaan telah ku tempoh dan aku berharap aku dapat menempuhnya dengan lancar.
Terima kasih kerana membaca.
Terima kasih kerana membaca.
Monday, 18 April 2016
Kucuba
Tidak mampuku kata
Gerak tubuhku kaku
Perasaan menguasai tubuh
Tekanan menghimpit minda
Lakonan duniawi semata-mata
Tidak dapatku rasa
Pendengaran mahupun percakapan
Impian atau cerita
Keriangan gelap gelita
Tanpa sinar cahaya menerangi
Keliru membadai jiwa
Malu mengusik gelora
Mungkin ini hanya lamunan
Tanpa pengakhiran
Thursday, 17 March 2016
pErMulaAn
PERMULAAN
Aku bagaikan
Berada di tengah lautan
Tiada sesiapa di sekelilingku
Hanya bunyian ombak
Membisik telingaku
Aku pandang langit
Langit dan awan
Seperti memandang dan
menemani diriku
Dengan ikhlas
Tanpa perlukan balasan
Keikhlasan kesyukuran yang dapat kurasai
Tiada tandingan dan sukar dicari
Mampukah aku mendapat persahabatan
Seperti itu dalam hidup ini?
Subscribe to:
Posts (Atom)



