Thursday, 25 October 2018

BBM3410/18: Aci-aci bukak pintu

Minggu nie paling seronok!

Kena buat video dan perlu berlakon sekali ...

Sayang semua!





Hasilnya akan diupload di youtube...jadi kena tunggu!


BBM3410/18: Twitter!

Aku dah lama ada twitter nie dari 2012 lagi ... Tapi...
Aku tak suka guna sebab aku takut bila aku luahkan perasaan marah aku di dalam twitter nie aku akan menyinggung perasaan orang yang salah faham dengan apa hang aku nak sampaikan...

Sekarang aku bukak akaun baru dan aku akan post benda yang baik je...

Twitter nie taklah teruk mana pon..hahhhhhaha




Tuesday, 23 October 2018

BBM3410/18: Prof like!

Aku tengok semua story penuh dengan ss prof like tugasan di ig

Terima kasih Prof like gambar saya semua...yuhuuu

Nak bukti?

Ada ok!




Wednesday, 17 October 2018

BBM3410/18: Simpulan bahasa

Kelas minggu nie paling seronok dan stress...hahahhhahah

Kena berebut simpulan bahasa dengan kumpulan lain

Berlakon dan semua kena teka apa jenis simpulan bahasa yang kami tangkap gambar

                               
                                             Bertikam lidah




Pekak badak


Ikat perut


Kaki ayam


Murah hati


Bulat kata


Hati tikus


Senyum kambing


Cantik molek


Ada bakat

BBM3410/18: Dugaanku 2



Hai sambung kembali!

Aku mula-mula menyesal sambung STPM  sebab kawan aku yang ajak aku tu sambung belajar ke UITM ambil Pradiploma..

Secara jujurnya...aku marah sangat dengan dia...tapi selepas semua dugaan aku tempoh...ada hikmahnya kejadian itu berlaku pada aku...

Sekarang aku lebih bersyukur dengan apa sahaja dugaan yang Allah beri dan selalu bersangka baik dalam semua perkara...

Walaupun perit menanggunya tapi aku tahu ada kejayaan disebalik apa yang berlaku.

Percaya pada kesabaran!

BBM3410/18: Dugaanku

Dugaan aku sebelum melangkah masuk ke UPM

Aku tidak menyangka aku akan sambung belajar...sebelum ini aku buat keputusan untuk bekerja selepas tamat SPM tapi aku teringat akan doaku sebelum keputusan peperiksaan SPM keluar. 

Aku berdoa semoga aku dapat sambung belajar peringkat Ijazah..ak tak sangka selepas beberapa tahun doa aku termakbul. Walaupun aku sendiri lupa aku pernah berdoa untuk sambung belajar ke peringkat Ijazah...

Allah maha besar

Aku tidak berdoa sambung pelajaran ke peringkat diploma tapi bibir aku hanya sebut Ijazah.

Aku masuk tingkatan 6 selepas diajak oleh kawan aku. .tapi itu hanya kebetulan...

Sehari sebelum daftar STPM... Aku baru balik dari menjaga anak buah aku di Kuala Lumpur...

Aku buat keputusan untuk tidak ikut abang aku ke Kelantan ke rumah mertuanya kerana aku tidak selesa tinggal di rumah orang lain..

Jadi aku buat keputusan balik ke Perak untuk sementara

Tapi mula2 aku menyesal masuk STPM

Nak tahu kenapa?

Baca blog seterusnya!


Wednesday, 10 October 2018

BBM3410/18: Disebalik tabir sebuah tugasan

setiap tugasan yang diberikan penuh dengan emosi

gembira, marah, kecewa

nak tahu apa perasaan kami?


Pernah nampak dugong terdampar? ini dia orangnya!Si dugong Mariam!


Pekerja tidak berbayar..hahahhahahaahah




kami gembira untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman yang baru walaupon ada perbalahan dan salah faham..huhuhuhuhui

BBM3410/18: Flatlay

Tugasan minggu ini kami diminta menangkap gambar jenis Flatlay

Aku mendapat ilmu baru!

Jenis-jenis gambar yang berjaya ditangkap oleh kami

Nak tengok? Jeng...jeng...jeng...jeng....jeng....jeng...jeng....jeng....



             1)Flatlay- gambar yang ditangkap dari atas



2)Half flatlay-diambil; dari 45 darjah dari tepi


3) Quater faltlay- diambil suku dari half flatlay
]

4)Zero faltlay-diambil dari sudut sisi 



cantik bukan?
nak tengok gambar yang lebih cantik?
nantikan!









BBM3410/18: Keluargaku

Hidup aku seperti orang lain tetapi hidupku mungkin berbeza dengan orang lain.


Aku ada 11 orang adik beradik dan aku anak kesepuluh...ramaikan?


Tapi kami nie tidaklah serapat macam adik beradik orang lain...bersyukurlah siapa ada adik beradik sedikit..walaupon sedikit tetapi kasih sayang sangat rapat antara satu sama lain.


Kasih sayang kami yang mempunyai adik beradik ramai nie tidaklah sekuat kasih sayang yang mempunyai adik beradik sedikit...


Mungkin aku dapat melihat kasih sayang mereka pada aku apabila aku sudah tiada di muka bumi Allah ini.


Tapi aku masih bersyukur dengan segala nikmat Allah ini...

Tuesday, 2 October 2018

BBM3410/18: Fotografi

Kuliah kegemaranku! 

Aku sangat suka menangkap gambar tapi aku tidak tahu nama setiap gambar yang diambil.. 

Melalui kelas multimedia dalam berbahasa aku dapat membezakan setiap gambar.

Nak tahu jenis gambar? 


1)mug shot

2)medium shot
3)potrait
4)long shot
5)bird's eye view
6)over the shoulder 


BBM3410/18: Pesta Makanan

Makanan!!!


Di fakulti ku ada membuat pesta makanan dan kami diminta untuk menghadirinya. Pelbagai jenis makanan dan ilmu dapatku perolehi. Ramai pensyarah juga menyertai pesta tersebut dengan menjual pelbagai jenis makanan.

Kami juga diberi tugasan untuk menangkap gambar semasa berada di pesta berkenaan.


BBM3410/18: Impian kurusku

Hai semua...
Aku adalah seorang yang mempunyai berat badan agak berat dan sering diejek sebab bila aku gemuk muka ak pon hilang seri..banyak lemak... Arrrrhhhhh

Hari ini aku nak kongsikan tips untuk kurus walaupon berat badan aku belum turun dengan bayak tapi ak ada semangat yang sangat bnyak.. Hahahaha..MARILAH KURUS SAMA2

Tips yang aku sering baca untuk menurunkan berat badan ialah dengan:

1)minum banyak air masak 
2)kurangkan minuman yang manis
3)mengambil sarapan dan jangan tinggalkan sarapan
4)jangan makan malam dan lebih baik makan sebelum pukul 6
5) hindarkan diri dengan makanan yang berminyak
6)banyakkan makan buah dan sayuran

Nak lagi tips??? 

Tunggu...


Tuesday, 25 September 2018

BBM3410/18: Kuliah minggu kedua

Pada minggu kedua di dalam kelas multimedia dalam berbahasa ini, kami perlu melakukan tugasan berkumpulan iaitu asas grafik. Kelas ini. Sangat menyeronokkan kerana kami dapat belajar menjadi seorang yang kreatif dengan menggunakan majalah dan dapat belajar dan membezakan pandangan sesuatu gambar. Sebagai contoh mudah, keseimbangan, kesesuian, warna dan teks.  Semua ini mempunyai perbezaan yang sangat seronok untuk belajar.

BBM3410/18: Kuliah minggu pertama

Pada minggu pertama kuliah aku di dalam kelas multimedia dalam berbahasa aku sangat seronok kerana subjek ini dapat menjadikan aku seorang yang disiplin terhadap masa. Kelas ini sangat menyeronokkan kerana tugasan berkumpulan yang telah diberikan oleh Prof. Madya Dr. Normaliza Abd Rahim. Kami diberikan penerangan tentang tugasan berkumpulan.

BBM3410/18: Tentang aku

Nama aku Hasniwati binti Abdul Khalil @ Abdul Khalid. Aku belajar di Universiti Putra Malaysia dan merupakan pelajar tahun akhir di sini. Aku suka melakukan aktiviti yang lasak kerana itu merupakan perkara yang dapat menggembirakan diriku. Pelbagai pengalaman dan dugaan telah ku tempoh dan aku berharap aku dapat menempuhnya dengan lancar.

Terima kasih kerana membaca.

Monday, 18 April 2016



                                               
                                                     SENYUM

Hidupku bahagia
Ketawa terukir
Tanpa hirauan
Sang pembenci

Hidup
Tiada noktah
Tiada rasa
Hanya ungkapan tercipta

Wajah berseri
Dibenci sang pengiri
Diperhati si pengiring
Dilindungi penyeri hati



Kucuba


Tidak mampuku kata
Gerak tubuhku kaku
Perasaan menguasai tubuh
Tekanan menghimpit minda
Lakonan duniawi semata-mata


Tidak dapatku rasa
Pendengaran mahupun percakapan
Impian atau cerita
Keriangan gelap gelita
Tanpa sinar cahaya menerangi

Keliru membadai jiwa
Malu mengusik gelora
Mungkin ini hanya lamunan

Tanpa pengakhiran





RATU HATIKU


Insan
Terangkap satu perkataan
Hanya di bibir bicara
Tanpa maksud yang nyata
Hanya coretan menerpa

Siapa dirinya?
Adakah orang yang kucinta?
Kukasih?

Ibu
Ratu tanpa jemu
Pelengkap hati yang sunyi
Permaisuri yang kujulang
Kutatap tanpa rasa
Maafmu kupinta


Thursday, 17 March 2016

pErMulaAn







PERMULAAN

Aku bagaikan
Berada di tengah lautan
Tiada sesiapa di sekelilingku
Hanya bunyian ombak 
Membisik telingaku
Aku pandang langit
Langit dan awan 
Seperti memandang dan menemani diriku
Dengan ikhlas 
Tanpa perlukan balasan
Keikhlasan kesyukuran yang dapat kurasai
Tiada tandingan dan sukar dicari
Mampukah aku mendapat persahabatan
Seperti itu dalam hidup ini?